Adat resam dan budaya kaum Kadazan dusun di Sabah

Suku kaum Kadazan dusun
Kadazan dusun merupakan suku kaum terbesar di Sabah. Ianya berasal daripada Indo-China. Kaum ini mempunyai pelbagai dialek dengan kebudayaan dan adat resam tradisional. Kaum ini mempunyai 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya;
· Dusun Tindal
· Dusun Liwan
· Dusun Bagahak
· Dusun Labuk
· Dusun Pahu
· Dusun Lotud
· Dusun Kimaragang
· Tagahas
· Tangara
· Dusun
· Rungus
· Orang Sungai
· Tambanuo
Kaum ini membentuk 30 peratus populasi sabah yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan kerana berkongsi budaya dan bahasa yang serupa. Bezanya, etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pendalaman Sabah.


Adat perkahwinan
1. Merisik
Pemberian sebentuk cincin. Cincin ini merupakan tanda peminangan daripada pihak lelaki.
Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan.
Segala urusan meminang hendaklah dbuat pada waktu pagi. Waktu petang dan waktu malam tidak dibenarkan sama sekali.
Wakil lelaki pergi merisik kepada pihak ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa perempuan itu sudah tiada.
Risikan pertama dilakukan untuk emngetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan itu diberhentikan dengan serta merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu.
Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan itu terus dibatalkan. Tetapi jika sebaliknya, risikan yang kemudiannya diteruskan.
Proses ini boleh berulangkali sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Ini kerana bnayaka perkara yang perlu diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan tentang keluarga yang merisik anak perempuannya. Antaranya, susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.

2. Meminang
Jika risikan diterima, mereka akan menentukan hari bagi pihak lelaki untuk membawa cincin pusaka yang diperbuat daripada tembaga. Cincin itu digelar ‘cincin menanti mimpi’. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
Apabila ibubapa perempuan itu menerima cincin itu, mereka harus membersihkan diri mereka pada hari itu juga.
Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam itu mereka mesti dalam keadaan yang bersih, iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu mesti mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.
Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu boeh dibaiki atau diperbetulkan. Ini bererti proses pertunangan boleh diteruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.
Contoh mimpi buruk: Barang-barang yang pecah seperti pinggan mangkuk atau periuk. Kemudiannya barang-barang itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga , mimpi buruk. Contohnya, bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
Hari berikutnya, pihak lelaki dan pihak perempuan akan bermesyuarat tentang mimpi mereka.

3. Bertunang
Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan akan memulangkan cincin menanti mimpi itu dan memberitahu sama ada pihak lelaki perlu membayar sugit kepanasan mimpi atau tidak boleh bertunag keran mimpi buruk yang dialami.
Jika mimpi baik, proses pertunangan akan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dan ibu bapa perempuan akan berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu.
Pertunangan yang telah ditetapkan tidak bolhe diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar perlu membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.
Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat.
Ianya dikenai sebagai tasor. Tasor dikenali sebagai tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan.
Alat untuk istiadat pula dikenali sebagai tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong, dan tajau(tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang itu diberikan kepada pihak perempaun dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. Ini kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan itu nanti.
Sebuah tajau yang berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Ianya diminum beramai-ramai dalam pesta pengantin perempuan. Selain daripada 4 hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkapkan dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.
Serendah mana pun darjat, adat, pemujaan agama, pesta bersuka ria mesti dilakukan dalam majlis perkahwinan tersebut.

4. Majlis perkahwinan
Pesta perkahwinan wajib dilakukan walaupun sesingkat dua hingga tiga hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula, majlis dibuat selama tujuh hari hingga empat belas hari.
Walaupun perkahwina suami isteri sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka bersatu adalah pada mlaam kedua, malah ada yang mengambil masa seminggu atau dua minggu berikutnya. Ini bergantung kepada berapa lama majlis  diadakan.
Pasangan pengantin dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama untuk membolehkan mereka bersatu. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
Majlis perkahwina berlangsung selama tiga hari. Perkara yang paling penting ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Sebelum upacara ini, pasangan pengantin akan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian hitam.
Di hadapan mereka terletak satu periuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudiannya, pasangan pengantin akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu lalu dimakan.
Upaca miohon pinisi ini merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Majlis ini diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau.

Pantang Larang
1. Ibu mengandung
Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
Suami tidak boleh memotong rambut kerana ditakuti rambut anak akan menjadi panjang.
Tidak boleh makan buah yang mengandungi air
Tidak oleh mencucuk hidung kerbau atau lembu. Dipercayai ianya akan menyebabkan bibir anak akan menjadi sumbing.
Tidak boleh siat telinga binatang. Ini akan menyebabkan telinga anak akan menjadi panjang.
2. Sewaktu bersalin
Suami tidak boleh jauh dari rumah kerana ditakuti gangguan jin atau syaitan
Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air.
Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah kerana ditakuti diganggu oleh roh jahat sperti rogon gaiyah
Sahabat handai tidak boleh melawat bayi sebelum upacara memberi nama.

3. Hubungan lelaki dan perempuan
Sekiranya ditangkap berkhalwat atau diketahui, pihak lelaki hendaklah membayar denda kepada pihak gadis.
Jika perempuan didapati mengandung daripada perbuatan khalwat, pihak lelaki dipaksa untuk megahwini perempuan tersebut.
Bagi magadau atau bersekedudukan, pasangan perlu membayar kepanasan atau sugit kepada masyarakat dan pihak lelaki perlu membayar kemalu kepada perempuan

4. Kematian
Unggun api dibuat di sekeliling rumah untuk memagar rumah daripada roh jahat.
Tanduk kerbau dibayar untuk halau hantu
mihad atau menangisi mayat
Dua lelaki menunggang kuda atau kerbau mengelilingi kampong
Menerima sejemput beras atau garam
Memberi sedekah sprit kain belacu sebagai kain bendera kubur
Tidak boleh tidur selagi mayat masih ada didalam rumah
menanam mayat bersama dengan barang-barangnya
Hidung, mata, telinga dan ekor haiwan ternakan dibuat sajian bagi si mati
Membuat papakan iaitu sajian si mati dalam gelap
Mamupus iaitu keluarga si mati memberi amaran supaya roh tidak kembali.

Comments

Popular posts from this blog

Adat Resam Dan Budaya Kaum Iban Di Sarawak

Adat Resam dan Budaya Kaum Bidayuh