Posts

Showing posts from February, 2018

Adat resam dan budaya kaum Bajau

  Suku kaum bajau merupakan kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum Kadazan Dusun. Kaum ini kebanyakannya tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di pantai, sungai malah di pantai di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka. Kebanyakannya mereka bekerja sebagai petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut. Adat perkahwinan -  Penetapan hari perkahwinan hendaklah dielakkan daripada hari rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika pantang ini tidak dipatuhi, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. -  Kebiasaannya, hari yang dipilih ialah hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin itu akan menjadi murah. -  Perkahwinan kaum Bajau bersifat monogami iaitu perkahwinan berlaku antara kaum kerabat atau saudara mara mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya bahaw

Adat resam dan budaya kaum Suluk di Sabah

Suku kaum Suluk -  Terdapat di sebelah pantai Timur Sabah dari utara Kudat hingga ke tenggara Tawau. -  Tergolong dalam rumpun Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu banjar dan Melayu Jawa. Sebaliknya, masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini tidak jauh berbeza dengan bangsa Tausug di Kepulauan Sulu yang terpisah ratusan tahun dari perhubungan dan amalan cara hidup. Sejarah Suluk di Sabah -  Sabah dahulunya sebahagian Kerajaan Kesultanan Melayu Sulu yang begitu rapat hubungannya dengan Kerajaan Kesultanan Meayu Brunei. Tanah jajahan Kerajaan Melayu Sulu meluas hingga keseluruhan bahagian Timur Sabah termasuk di sepanjang Sungai sugut, Sungai Labuk, Sungai Kinabatangan dan sungai Segama. Masyarakat Melayu Suluk telah membuka petempatan di persisiran pantai sbelah Timur Sabah. Antaranya Sandakan dan Lahad Datu. -  Sandakan bermaksud ‘tanah gadaian’ manakala Lahad datu bermaksud ‘Persinggahan datu’ -  Masyarakat Melayu suluk di Tawau dikenali sebagai Masyarakat Melayu Tawau. -  S

Adat resam dan budaya kaum Kadazan dusun di Sabah

Suku kaum Kadazan dusun Kadazan dusun merupakan suku kaum terbesar di Sabah. Ianya beras al  daripada Indo-China. Kaum ini mempunyai pelbagai dialek dengan kebudaya a n dan adat resam tradisional. Kaum ini mempunyai 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya; ·  Dusun Tindal ·  Dusun Liwan ·  Dusun Bagahak ·  Dusun Labuk ·  Dusun Pahu ·  Dusun Lotud ·  Dusun Kimaragang ·  Tagahas ·  Tangara ·  Dusun ·  Rungus ·  Orang Sungai ·  Tambanuo Kaum ini membentuk 30 peratus populasi sabah yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun digabungkan kerana berkongsi budaya dan bahasa yang serupa. Bezanya, etnik Kadazan tinggal di kawasan lembah secara tradisi terlibat dalam penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pendalaman Sabah. Adat perkahwinan 1.  Merisik -  Pemberian sebentuk cincin. Cincin ini merupakan tanda peminangan daripada pihak lelaki. -  Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terd