Adat resam dan budaya kaum Suluk di Sabah

Suku kaum Suluk
Terdapat di sebelah pantai Timur Sabah dari utara Kudat hingga ke tenggara Tawau.
Tergolong dalam rumpun Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu banjar dan Melayu Jawa. Sebaliknya, masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini tidak jauh berbeza dengan bangsa Tausug di Kepulauan Sulu yang terpisah ratusan tahun dari perhubungan dan amalan cara hidup.

Sejarah Suluk di Sabah
Sabah dahulunya sebahagian Kerajaan Kesultanan Melayu Sulu yang begitu rapat hubungannya dengan Kerajaan Kesultanan Meayu Brunei. Tanah jajahan Kerajaan Melayu Sulu meluas hingga keseluruhan bahagian Timur Sabah termasuk di sepanjang Sungai sugut, Sungai Labuk, Sungai Kinabatangan dan sungai Segama. Masyarakat Melayu Suluk telah membuka petempatan di persisiran pantai sbelah Timur Sabah. Antaranya Sandakan dan Lahad Datu.
Sandakan bermaksud ‘tanah gadaian’ manakala Lahad datu bermaksud ‘Persinggahan datu’
Masyarakat Melayu suluk di Tawau dikenali sebagai Masyarakat Melayu Tawau.
Suluk Tawau bukan Tausug (Filipina). Hal ini demikian kerana kebanyakan orang Melayu yang berketurunan Suluk di Sabah tlah menganggap diri mereka adalah orang Melayu dan mengamalkan budaya dan adat Melayu bersama komuniti Melayu yang lain.
Perbezaan antara Suluk Tawau dan Suluk di Filipina iaitu Tausug ialah dari segi pertuturan. Pertuturan Suluk Tawau adalah bahasa Melayu Sabah manakala pertuturan Suluk di Filipina iaitu Tausug adalah bahasa Suluk dan ramai Suluk di Filipina tidak mampu bertutur dalam bahsa Melayu.
Selain itu, perbezaan antara Melayu Tawau (Berdarah Campuran Suluk) dengan Tausug (Suluk Filipina) ialah Melayu Tawau wujud sebelum zaman penjajahan lagi dan sebelum zaman pendudukan Borneo Utara.
Manakala Tausug merupakan bangsa pendatang dari Filipina yang datang ke Tawau setelah kewujudan negara Filipino. Di Filipina, mereka dikenali sebagai bangsa Moro manakala di Sabah, mereka diwartakan sebagai bangsa Filipino sama seperti bangsa Visaya dan Tagalog yang juga berasal daripada Filipina dan datang ke Tawau ketika zaman pergolakan peperangan di selatan Filipina.
Walaupun masyarakat Tawau ada berdarah campuran Suluk tetapi mereka tidak tahu untuk bertutur bahasa Suluk sebaliknya mereka hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu Loghat Tawau dan mengamalkan adat tradisi Melayu serta patuh kepada ajaran agama Islam yang suci diwarisi dari nenek moyang mereka yang sememangnya tinggal di Tawau dahulu.

1. Adat perkahwinan
Adat permintaan wang hantaran atau Sukat Ungsud bagi pihak perempuan adalah sangat tinggi mengikut golongan-golongan status mereka sebagai golongan yang dihormati.
Permintaan hantaran Sukat Ungsud bagi pihak perempuan ialah seperti;
· Mas Kahwin (Sen / Pilak)
· Mahar Basingan
· Emas Angka Kumpul Bulauwan
· Sapi Liar (Sapi Mandangan) / Kerbau (Kabaw)
· Beras (Bugas)
· Rokok (Siga)
· Mahligai (Sebuah rumah kecil yang berhias dengan makanan tradisi, kuih-muih, biasanya diminta oleh pihak wanita jika wanita tersebut sudah Khatam al-Quran)
Ianya bergantung dengan persetujuan kedua-dua pihak.
Terdapat empat peringkat dalam adat perkahwinan suku kaum Suluk untuk patut diadakan sebelum dan selepas perkahwinan seperti Pag-Pasihil (meninjau), Pag-Pangasawa (meminang), Pag-Turul Taima (Memberi persetujuan) dan Pag-Tiaun (hari perkahwinan).

Comments

Popular posts from this blog

Adat Resam Dan Budaya Kaum Iban Di Sarawak

Adat resam dan budaya kaum Kadazan dusun di Sabah

Adat Resam dan Budaya Kaum Bidayuh