Adat Resam Dan Budaya Kaum Iban Di Sarawak

Di Sarawak terdapat sebanyak 2.07 juta penduduk dan dipercayai mempunyai lebih daripada 40 buah etnik tetapi etnik yang berjaya disenaraikan buat masa kini iaitu sebanyak 27 etnik :
Iban
Bidayuh
Melayu
melanau
India
Cina
Tering
Kayan
Kenyah
Lun bawang
Penan
Kelabit
Kedayan
Bisaya
Berawan
Lahanan
Sekapan
Kejaman
Punan
Baketan
Ukit
Sihan
Tagal
Tabun
Saban
Lisum
Longkiput
Kadazandusun
Murut
Miriek
Dalik
Selako
Kita sedia maklum bahawa setiap etnik atupun kaum mempunyai bahasa, kebudayaan, cara hidup, adat resam serta budaya tersendiri.


Asal Usul kaum Iban
Kaum Iban merupakan penduduk peribumi dan kaum majoriti di Sarawak dengan peratusan majoriti yang lebih daripada 30% daripada jumlah peratusan penduduk di Sarawak. Rata-rata kaum Iban di Sarawak majoriti daripada mereka adalah penganut agama Kristian.
Sejarah Asal Usul Kaum Iban di Sarawak.
Terdapat banyak kajian mengenai migrasi kaum-kaum di Sarawak terutama sekali bagi Kaum Iban. Apa yang pasti kebanyakan migrasi kaum-kaum di Sarawak bertitik tolak daripada adat “Berjalai” iaitu satu proses yang mana ianya dilakukan bagi mencari peluang yang lebih baik contohnya bagi mencari tanah yang luas dan hidup di dalam keamanan serta makmur.
Kaum Iban tradisional sebenarnya lebih dikenali sebagai Dayak Laut dan mereka pada asalnya berasal daripada Kalimantan, Indonesia dan kemudiannya berpindah ke Sarawak pada masa yang hampir sama dengan kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara. Mereka memasuki Sarawak melalui Batang Air Kapuas, iaitu jalan masuk paling mudah bagi melintasi sempadan Sarawak-Kalimantan . 
Pada asalnya kaum Iban yang dipimpin oleh Singgalang Burung telah mendiami sepanjang Sungai Kapuas. Manakala kaum iban yang dipimpin oleh Sera Gunting lebih meminati untuk mendiami Banjaran Tiang Laju di bahagian barat Pulau Borneo. Walau bagaimanapun Singgalang Burung dikatakan tidak mengemari kawasan tersebut maka telah diadakan satu persidangan dengan pengikutnya di Merakai iaitu salah satu anak Sungai Kapuas untuk mengusulkan perpindahan kaum Iban ke Batang Ai. Setelah kata sepakat diambil akhirnya, kaum iban telah memulakan penghijrahan mereka dan tempat yang kali pertama mereka jejaki adalah daerah Kumpang, Sarawak dan terus menetap di Kumpang . 
Sebahagian daripada kaum Iban ini telah dipengaruhi oleh seorang pemimpin yang lain mula membuat eksplorasi ke hulu Sungai Kumpang iaitu menghala ke Lubok Antu dan Engkilili dan seterusnya menetap di kawasan Sungai Batang Lupar yang lebih dikenali sebagai batang Ai. Dari Batang Ai, suku kaum Iban berpindah ke anak-anak sungai di Ulu Ai dan mula membuat penempatan mereka dengan membina rumah panjang mereka yang unik di kawasan yang dikenali sebagai Delok, Mepi, Jinggin, Engkari, Skrang dan Lemanak. 
Setelah itu sekali lagi sebahagian daripada kaum Iban ini telah mula membuat eksplorasi dengan berpindah dan lalu menetap di Sungai Undup dan Wong Tempangau . Kaum Iban yang berpindah ini adalah mereka yang dipimpin oleh Kajup dan mereka dikenali sebagai Iban Undup.
Jelas sekali perpindahan awal kaum Iban Sarawak mempunyai taburan yang agak berselerak di kawasan hulu Sungai Batang Lupar dan Batang Saribas di bahagian Sri Aman dan perpindahan ini berlaku sejak diawal abad ke 19 dari Hulu Batang Lupar melalui sempadan Kalimantan menuju ke daerah Rejang . 
Sementara itu satu lagi pemimpin iaitu Gelungan telah membawa pengikut-pengikutnya keluar daripada Merakai dan menuju ke Undup serta mendiami Bukit Balau. Kaum Iban daripada pimpinan Gelungan ini disebut sebagai Iban Balau kerana menetap di kawadan Bukit Balau iaitu penempatan terawal masyarakat Iban di Sri Aman. 
Kemudian sekali lagi Gelungan telah membawa pengikut-pengikutnya untuk berpindah ke Sebuyau dan sebahagian generasi kaum Iban ini dikenali sebagai Iban Sebuyau. Sepatutnya penghijrahan masyarakat Iban terhenti di kawasan Sebuyau namun setelah kematian pemimpin Gelungan, iban Sebuyau dikatakan telah berpecah dan ada yang berpindah ke Meredang, Gayam, Lundu dan Samarahan. 
Ketua-ketua suku kaum iban yang lain seperti Lanong, Kanyong, Meringgai dan Manggi telah membawa pengikut-pengikut mereka berpindah ke Rantau Langkong, Tanjung Merarang, Sungai Skrang dan Tisak. 
Dan kerana itulah sememangnya bahagian Sri Aman mempunyai jumlah penduduk Iban yang tertinggi dibanding dengan tempat-tempat lain di Sarawak diikuti dengan Kapit, Saratok, Mukah, Kuching, Saribas, Baram, Song dan Sarikei. Ianya adalah satu hakikat bahawa kaum Iban telahpun mendiami segenap pelusuk Sarawak  dengan membawa bersama segala budaya dan adat mereka sekali yang ternyata terlalu unik.
Kaum Iban Sarawak mempunyai keunikan yang tersendiri baik dari segi bahasa mereka yang ternyata telah mempengaruhi kaum-kaum lain yang terdapat di sarawak Sarawak.

Adat resam dan Budaya kaum iban
  • Adat Perkahwinan

Dalam masyarakat iban, usia lelaki yang layak untuk bernikah adalah 20 tahun keatas. Manakala, bagi perempuan adalah tiada had umur yang ditetapkan.  Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban adalah perkahwinan yang mengikut adat . Bagi mana-mana pihak yang melanggar adat, mereka akan dikenakan denda yang bertujuanuntuk mengelak pasangan suami isteri tersebut ditimpa bala atau kesusahan.Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam adat perkahwinan kaum iban. Antaranya;
1. Merisik  
Dalam masyarakat Iban, adat merisik merupakan adat yang wajib diikuti. Adab merisik akan dijalankan apabila seorang teruna telah berkenan pada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan pergi ke rumah si gadis untuk merisik. Ini bertujuan untuk menanyakan persetujuan daripada pihak gadis. Setelah mendapat persetujuan, pihak pengantin perempuan akan menentukan permberian ( wang hantaran) dan syarat-syarat perkahwinan.  
2. Meminang atau bertunang
Rombongan meminang daripada pihak lelaki akan desertai oleh lima hingga sepuluh orang yang terdiri daripada golongan orang-orang tua. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan sekali lagi. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan lapik atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya, kedua belah pihak akan berbincang mengenai tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan tersebut tidak boleh lagi menerima kunjungan lelaki selain tunangnya. Dua atau tiga hari kemudian, pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada saudara-mara dan jiran tetangga.  
3. Majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh pihak lelaki dimana mereka akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak perempuan. Antaranya ialah kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barang kemas. Keluarga pihak perempuan akan membuat persiapan seperti memburu binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang.
Pasangan ini akan mengenakan pakaian tradisional Iban. Keluarga pihak lelaki berjalan diiringi oleh paluan gong. Tiba di rumah pengantin perempuan, satu das tembakan akan dilepaskan tanda tetamu sudah tiba. Rombongan pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk turun ke sungai mandi bersama-sama dengan pengantin lelaki. Ini adalah untuk menunjukkan permulaan silaturahim antara dua keluarga pengantin.
Sebelum upacara perkahwinan bermula, perbincangan akan diadakan di ruai dan “air tuak” turut dihidangkan sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui hubungan kekeluargaan, pengantin akan meminta berian. Nilainya ditetapkan oleh masyarakat di situ. Pihak pengantin perempuan akan minta bayaran “pemecah tangga” iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang lain.setelah selasai pemberian, ibu bapa pengantin akan berbincang tentang pemberian yang akan diberikan jika berlaku penceraian. Namun, jika penceraian terjadi dengan alasan yang tidak nyata, maka perjanjian tersebut tidak akan digunapakai.
Setelah itu, upacara membelah pinang dijalankan. Upacara ini adalah untuk menentukan tempoh jodoh antara pasangan pengantin ini. Buah pinang itu dibelah dan diagihkan kepada tetamu. Setelah itu, upacara ini pun tamat. Jika ada sebarang kesalahan semasa menjalankan adat ini, pengantin akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Sehelai kain yang panjangnya 7 ela dipegang supaya kesalahan mereka akan hilang.
Walaupun mereka sudah sah sebagai suami dan isteri, mereka tidak boleh tidur bersama selagi masih ada bunyi-bunyi yang membawa petanda buruk. Mereka akan dipisahkan sementara waktu sehingga semua petanda buruk tersebut tiada lagi.
窗体底端

  •  Adat kematian


Orang Iban menguruskan mayat dengan penuh kemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara dan sahabat handai menghadirinya.
    Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahaja mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.
      Kedua-dua pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-sama mayat disediakan. Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati di dunia keduanya kelak (dunia selepas mati). Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.
     Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa dan dipercayai roh si mati dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.
     Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang.
Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai.
      Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu.
    Keranda itu diperbuat daripada kayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu. Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yang mempunyai motif tradisional.

 Perayaan kaum iban

Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun. Perayaan ini disambut untuk menunjukkan bahawa berakhirnya musim menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali pokok istiadat dengan mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti hiburan yang lain.

Dari segi kepercayaan mereka, mereka turut menyediakan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih hasil daripada tuaian yang baik dan menguntungkan. Upacara ini dikendalikan oleh orang yang tertentu sahaja seperti wakil masyarakat. Mantera dibacakan dan darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut.

Ngajat Lesung ialah sejenis tarian yang dipersembahkan oleh para penari yang bersaing ingin menunjukkan kehebatan mereka dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Apabila ranyai dibuang, maka berakhirlah perayaan ini.


Agama dan kepercayaan

Zaman dahulu, masyarakat Iban percaya terhadap kepercayaan animisme. Mereka berpegang pada kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka dahulu. Mereka berpandukan pada ‘Papan Turai’ yang telah ditulis oleh ‘Tuai Raban Bansa” dengan berpandukan nasihat dari ‘Manang’ dan ‘Lemambang’.

Orang Iban percaya bahawa terdapat kewujudan seorang Tuhan iaitu Binsi Petara yang dipercayai mencipta dunia dan alam semesta. Di bawah Tuhan ini terdapat 7 orang dewa. Anatranya ialah:
·  Dewa Peperangan – Sengalang Burong
·  Dewa Keagamaan – Biku Imam Bunsi Petara
·  Dewa Perubatan – Menjaya
·  Dewa Pertanian & Tanah – Sempulang Gana/Semerugah
·  Dewa penyembuh semulajadi & Dewa Keadilan – Ini Inee/Andan
·  Dewa Kekayaan – Anda Mara/Gangga Ganggong
Orang Iban percaya bahawa semua benda hidup mempunyai semangat dan roh mereka masing-masing. Mereka juga turut percaya pada ilmu firasat dan turut bergantung padanya. Contoh ilmu firasat mereka adalah melalui mimpi yang baik atau buruk, binatang bisa, burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja dan hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya. Kini, masyarakat Iban majoritinya adalah penganut agama kristian. Selebihnya ada yang menganut agama lain seperti Agama Tradisional, Islam, Ateisme dan lain-lain agama.



Comments

  1. Maaf tuan apa yang anda tulis tentang sejarah Iban adalah kurang tepat dan hanya teori.Iban bukan berhijrah drai kapuas dmke Sarawak tetapi Iban sejak ribuan tahun memang orang asal Sarawak.Malahan Santubong kuching itu penempatan dayak Iban kuno.Nama Santubong berasal dari bahsa Iban Asli yang bermaksud keranda mendapat nama dari kisah kaum Iban pada masa dahulu.Kajian ke atas deep skull di Gua Niah Sarawak yang berusia 50,000 tahun disahkan pakar sama dengan kaum Iban.Malahan pasu Iban atau periuk tanah yang disebut Nuan ditemui di Gua Niah sama demgan periuk tanah Iban dan disahkan sudah berusia 1000 tahun.Ini antara bukti Sarawak adalah tanah asal kaum Iban sebelum pindah ke kapuas.Dari kapuas Iban pindah balik ke Sarawak kurun ke 14 hingga ke 18.
    Untuk fakta tepat boleh lawati pages Ibanology ada fakta lengkap

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Adat resam dan budaya kaum Kadazan dusun di Sabah

Adat Resam dan Budaya Kaum Bidayuh