Adat resam dan budaya kaum Bajau
Suku kaum bajau merupakan kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum Kadazan Dusun. Kaum ini kebanyakannya tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di pantai, sungai malah di pantai di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka. Kebanyakannya mereka bekerja sebagai petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut. Adat perkahwinan - Penetapan hari perkahwinan hendaklah dielakkan daripada hari rabu dan Ahad. Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika pantang ini tidak dipatuhi, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik. - Kebiasaannya, hari yang dipilih ialah hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam, kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin itu akan menjadi murah. - Perkahwinan kaum Bajau bersifat monogami iaitu perkahwinan berlaku antara kaum kerabat atau saudara mara mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya bahaw